My Cinta Story

Namaku Saiful Ilman Iskandar bin Taijuddin. Orang memanggilku dengan paggilan TAM. Bukan kerana aku anak ke empat dalam keluargaku dan bukan juga kerana singkatan namaku sendiri. TAM, bermula sejak aku masih kecil lagi. Jika rakan ibuku atau jiran-jiran bertandang ke rumahku, pasti mereka menggelarkan aku hitam dek kerana kulitku yang agak gelap, lebih-lebih lagi apabila sesudah berjemur di tengah panas mengayuh basikal sekeliling kampung. Lama kelamaan paggilan hitam itu hanya mendengar sebutan hujungnya sahaja, Tam.

Sekarang umurku sudah mencecah 30-an. Nama panggilan Tam masih lagi di gunakan sehingga kini namun kali ini sudah berubah maksudnya. Bukan lagi Tam kerana kehitaman kulitku namun Tam kerana ketampanan ku kini.  Bukan niat aku untuk mendabik dada kerana berjaya menjadi sebegini, namun aku tidak akan sentiasa berada di takuk lama sahaja. Dunia sudah berubah, aku pun perlukan perubahan juga.  Oleh kerana aku menjadi terlalu obses dengan penampilan diri, aku menyimpan hasrat untuk melakukan perubahan terhadap diriku. Mungkin warna kulit tidak dapat berubah keseluruhannya tetapi aku tetap mencuba pelbagai produk kecantikan lelaki dan akhirnya impian aku terlaksana. 

Aku juga kini telah bergelar seorang pakar perunding imej lelaki dan mempunyai syarikatku tersendiri, “ ILMAN: PERSONALITY: PERFECT”. Aku sudah merasai dan mengecapi kejayaan dalam hidupku dan kerjayaku dengan hasil titik peluh aku sendiri, dan tidak lupa juga doa dari kedua orang tuaku. Ibu bapa aku merupakan insan yang paling penting dalam pencapaian aku setakat ini. Namun selalu ibu memegang lembut bahuku sambil berkata, 

“Satu lagi doa ibu yang belum termakbul. Jodoh kau, Tam”, kata ibu.

Ya, jodohku. Sekarang umurku sudah mula menaiki tangga yang lebih tinggi. Ibu selalu sahaja runsing tentangku. Manakan tidak, rakan-rakan sebayaku yang lain sudah pun bergelar suami orang, ada juga yang sudah mahu bertukar status menjadi bapak orang, tetapi aku masih lagi seperti dahulu, solo dan tidak berteman. Bukan aku tidak mahu bercinta. Telah ku cuba namun tidak sampai ke mana. Ayah selalu marah padaku.

“Kau tu yang memilih sangat. Tak pernah ayah jumpa lelaki yang memilih macam kau”, ujar ayah suatu hari.

“Tam bukan memilih, ayah. Tapi belum sampai seru. Takde jodoh lagi. Takde hidayah lagi dari Allah untuk buka pintu hati Tam ni”, balasku. Aku pasti ayah akan membidas jawapanku.

“Tak sampai seru apanya. Kerja ada, rumah ada, kereta ada. Tu ha, bulu kaki, bulu ketiak dah panjang. Jangan kata tak sampai seru”, betul tekaanku, ayah pasti membidas.

Aku diam, senyum membalas sindiran ayah yang agak lucu bagiku.

Namun, bila aku fikirkan semula, ada benarnya kata ayah. Mungkin aku ini terlalu memilih. Bukan tidak ada yang terpikat dengan ku, tapi hati ini yang ragu-ragu. Jika aku yang terkesima dahulu dan mengambil langkah pertama, mungkin akan aku pertimbangkan. Namun yang ada hanya wanita yang ibarat ‘perigi mencari timba’ membuatkan aku kurang berminat untuk bermesra. Tetapi aku tahu, Allah itu Maha Kaya dan Adil. Setiap makhluk ciptaan-Nya telah dicipta berpasangan. Suatu hari nanti, akan ada juga pasangan untukku. Itu janji Allah yang pasti.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“Encik, maafkan saya. Kedai dah nak tutup. Encik tak nak balik lagi?”, lamunanku tersentak.

Aku memandang pada suara lembut yang menegurku tadi, seorang gadis berdiri di sebelahku. Tubuhnya agak gempal namun suara dan senyumannya seakan menarik minatku.

“Eh, mintak maaf lah ye. Tak perasan pulak hari dah lewat. Saya memang selalu datang sini after waktu kerja. Suka pekena kopi O dengan nasi lemak ayam kat sini”, balas ku mengukir senyuman.

Gadis tadi masih tersenyum sambil mengangguk-anggukkan kepalanya.

“Saya tahu, Saya selalu nampak encik kat sini. Kadang-kadang sehari sampai tiga kali, kan? Breakfast, lunch, dinner”, ujar gadis itu sambil mengira kiraannya dengan jari.

“Macam mana awak tahu?”, naif sangat soalan ku tapi aku tidak peduli.

“Encik, saya ni kan pelayan kat sini, saya kan ambil menu pelanggan. Sebelum ni encik tak pernah tegur saya, tapi di sebabkan encik ni regular customer, saya memang selalu nampak muka encik ni”, balas gadis itu lagi. Kali ini tangannya sudah siap sedia memegang pen dan kertas.

“Semuanya RM4.50 saje”, sambungnya.

Aku tersengeh sambil mengeluarkan dompet dan menghulurkan not RM5 kepadanya.

“Terima kasih, encik. Ini bakinya 0.50 sen. Datang lagi, ye”, gadis itu terus berlalu menatang pinggan dan cawan yang sudah kosong itu.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Aku bersandar di sofa hitam kesukaanku. TV yang sedari tadi masih terpasang tidak pula menggamit minatku untuk menontonnya. Fikiranku melayang entah ke mana.

“Kenapa aku ni. Asyik teringat minah tadi je. Takkan lah aku ni deseparate sangat nak cari calon. Dah lah minah tu chubby sikit aku tengok, keje pulak kat kedai kopi. Nape aku boleh tertarik dengan dia”, hati aku mempersoalkan.

“Tapi, nape aku rasa macam ni. Selama ni tak de pun rasa macam ni.  Ada lagi pempuan cantik nak kat aku, aku tak rasa semacam macam ni pulak”, aku bercelaru.

Penat bersandar, aku berbaring melunjur namun fikiranku masih memikirkan gadis itu. 

“Takpe lah Tam. Esok masih ada. Gi jumpa dia esok lah. Tidur lah wahai si Tampan”, pujuk ku sendirian.
++++++++++++++++++++++++++++++

“Nasib saya jumpa awak pagi ni”, aku memulakan perbualan sebaik sahaja gadis itu mencul membawa pen dan kertas di hadapannya.

“Kenapa kalau encik jumpa saya?”, tanya gadis itu perlahan.

“Saja, saya suka awak. I mean saya suka tengok awak. Cute!!”, aku meluahkan penuh ikhlas dari hati.

“Terima kasih lah encik puji saya pagi-pagi ni. Encik nak makan apa? Minum?”, gadis itu bertanya lagi.

“Saya Ilman. Awak?”, aku terus menyoal, tidak segera menjawab pertanyaan gadis itu.

“Saya Hani Humairah. Encik Ilman boleh panggil saya Humairah”, balasnya.

“Ok, tapi saya nak panggil awak honey. H.O.N.E.Y, ok?”, aku menduga.

“Ikut suka hati encik Ilman la. Ok, nak order apa?”, Humairah masih tidak jemu bertanya.

“Saya nak order nombor telefon awak, save dalam ni”, aku segera mengeluarkan Iphone 4 dari kocek seluar dan meletakkannya di atas meja.
Humairah tersenyum.

“Encik Ilman, nanti bos saya marah saya tak ambil order dari tadi lagi. Encil Ilman order dulu, sebelum encik pergi nanti, saya bagi nombor saya”, ujar Humairah membuat perjanjian. 

“Boleh percaya ke? Entah-entah awak lari”, aku menduga lagi.

“Takkan lari punya. Saya janji. Janji wajib di kotakan”.

Kesungguhan Humairah membuatkan aku percaya kepadanya. Aku bersetuju.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

“Hai, Honey tidur dah?”, aku memulakan langkah pertama malam itu dengan menelefonnya.

“Oh, awak. Belum lagi. Saya tengah buat assignment ni. Next week due”, balas Humairah pantas.

“Aik, kerja kedai kopi pun ada assignment? Pelik bunyinya”, aku terus menyoal meminta kepastian.

“Oh, awak belum tahu. Saya ni kerja part-time je kat situ. Now saya study kedoktoran and already final year”, Humairah menerangkan kedudukannya yang sebenar.

Aku seakan terkedu. Tidak salah pilihanku. Hati aku mula berbunga mekar.
“Wow, doktor lah ni?”, duga ku.

“Belum lagi. Tapi insyaAllah, bakal. Awak doakan lah saya juga”, ujar Humairah.

“InsyaAllah. Saya rasa beruntung sangat ni”, aku tidak menyembunyikan perasaanku tika itu.

Hanya terdengar gelak kecil di hujung talian sana.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

“Tam nak kahwin”, aku menyuarakan hasrat hatiku kepada ibu dan ayah semasa pulang ke kampung hujung bulan itu.

Ibu bapaku agak terkejut namun jelas terpancar kegembiraan di wajah tua mereka.

Aku yakin benar tidak silap dengan keputusanku untuk menikahi Hani Humairah. Tiga tahun lalu aku mengenali gadis itu yang dahulunya bekerja sebagai pelayan kedai kopi untuk meneruskan pengajian dan cita-citanya kini telah menjadi seorang doktor di salah sebuah hospital kerajaan. Aku mengenali Humairah lebih dari segalanya. Sikap Humairah yang matang dan bijak dalam membuat keputusan menambahkan lagi keyakinanku untuk memperisterikannya.

“Alhamdulillah. Dengan doktor yang kau ceritakan itu?, tanya ibu gembira. Aku hanya mengangguk, begitu juga ayah yang sudah mengetahui kisah percintaanku dengan Humairah.

“InsyaAllah, minggu depan Tam balik bawak bakal menantu mak dan ayah”, ucapku perlahan.

“Bagus lah macam tu. Termakbul juga akhirnya doa kami, lebih-lebih lagi doa mak kau ni ha”, balas ayah masih tersenyum.

Aku mengerti betapa gembiranya orang tuaku itu. Aku pasti itu lah saat yang di nantikan oleh mereka.sekarang boleh aku katakan pada ayah bahawa sudah sampai seruku dan aku sudah bersedia untuk bertukar status dari TAMPAN SOLO menjadi TAMPAN LAKI ORANG.
-TAMAT-