Hati Lara Sofea 2

Kasih Berputik

Wajah polos Lara yang sudah lena di katil direnung lama. Wajah itu masih ada manisnya walaupun bibir yang seakan tersenyum itu agak pucat. Rambut panjang melepasi bahu yang sengaja dilepaskan setiap malam menambahkan keayuan di wajah Lara Sofea. Ehsan mengusap perlahan ubun Lara lalu mengucupnya penuh kasih sayang. Kemudian dia berjalan perlahan menuju ke balkoni biliknya. Udara segar selepas hujan itu benar-benar memberi ketenangan dalam jiwanya. Ditoleh seketika ke arah Lara Sofea, lalu tersenyum sendiri. Wanita yang dahulunya amat dibenci kini menjadi insan terpenting dalam hidupnya. Wanita yang dahulunya dimaki kini menjadi inspirasi buatnya dan wanita yang dahulunya dihina menjadi pendukung kebahagiaan dan cintanya. Kuasa Allah itu Maha Agung, setiap yang berlaku pasti ada hikmah dan ganjarannya. Sama seperti pertengkaran hebat yang berlaku antara dirinya dengan Lara setahun lalu, yang membawa perubahan besar dalam hidupnya.
 
            Mungkin tika itu dirinya merasakan bahawa hanya egonya yang patut menang tanpa memikirkan insan lain yang berada di sekelilingnya. Namun, di saat Lara Sofea menyatakan kebenaran, hatinya terusik, melihat pengorbanan yang dilakukan oleh wanita itu. Pengorbanan yang amat besar dan tiada galang gantinya bagi Ehsan. Masih Ehsan ingat saat Lara Sofea berlalu meninggalkan dirinya terkesima di bilik setelah kebenaran diketahui, dirinya menangis keseorangan. Menangisi kejahilan diri yang tidak mampu ditahan. Berdosa dirasakan dirinya ketika itu, melempiaskan amarah ke atas kesalahan yang tidak sedikit pun dilakukan oleh Lara.

************************************************************

“Abang...”, Ehsan merasa pelukan erat Lara Sofea memeluk tubuhnya dari belakang. Terasa kehangatan tubuh wanita yang kini bertakhta di hatinya. Ehsan segera berpaling, membalas dakapan Lara.

“Kenapa abang tak tidur lagi ni? Abang tak boleh tidur?”, soal Lara perlahan, masih dalam dakapan suaminya.

“Abang buat Lara terjaga ke? Abang minta maaf...”, balas Ehsan, memeluk Lara lebih erat ke dadanya.

“Hmm... tak lah. Lara tersedar, tengok abang kat sini. Itu yang Lara bangun nih”. Tutur Lara sopan.

“Sayang nak tidur dalam pelukan abang, ye”, soal Ehsan mengukir senyum.

“Mestilah Lara nak tidur dalam pelukan abang. Mana tau takut tak sempat untuk esok”, balas Lara bersahaja.

Ehsan mengeluh, wajah Lara dipandang penuh makna.

“Lara, abang tak suka Lara cakap macam tu. Lara takkan apa-apa. Doktor sendiri yang cakap penyakit Lara belum lagi dalam stage yang berisiko tinggi. Abang akan usahakan apa saja untuk Lara. Cuma abang taknak Lara fikir yang bukan-bukan”. Tegas Ehsan sambil memegang lembut wajah isterinya. Lara Sofea tersenyum. Bahu Ehsan dipegang lembut.

“Abang doakan kesihatan Lara ye. Doakan Lara sembuh, boleh Lara jaga abang sampai bila-bila”, ucap Lara perlahan sambil memandang tepat ke wajah Ehsan. 

Ehsan mengangguk laju, dahi Lara di cium penuh kasih sayang.

“Dah, jom kita tidur. Esok sayang ada appointment dengan doktor, kan?”, Ehsan segera memimpin isterinya ke katil. Lara hanya menurut sahaja langkah Ehsan.

************************************************************
Hati Terusik

“So, how’s my wife, doc?”, soal Ehsan segera tatkala melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan dengan Doktor Sabrina.

Doktor Sabrina tersenyum memandang Ehsan dan Lara.

“Alhamdulillah, test minggu lepas dah dapat, I dah tengok. So far so good. Nothing to worry. Isteri you cukup kuat”, balas Doktor Sabrina sambil memandang Lara yang agak pucat di sisi Ehsan. 

“I dah pun semak untuk test and x-ray, everythings look fine. The good news is tahap peningkatan kanser Lara adalah minimum, which is itu satu petanda yang bagus, right?. But for today, Lara boleh ke bilik pemeriksaan with nurse untuk pemeriksaan sampingan macam biasa. And for husband, maybe you can stay here sebab I nak berleter sikit dengan you cara you nak jaga Lara baik-baik, boleh?”, Doktor Sabrina tergelak kecil. Lara juga tersenyum mendengar celoteh sahabat suaminya itu. 

“Lara pergi bilik pemeriksaan dulu, abang tunggu Lara dekat sini, ye?”, ujar Ehsan sambil memegang erat jemari Lara.

“So sweet la Mr. Husband ni. Dont worry la, takkan hilang punya wife you”, seloroh Doktor Sabrina.

Ehsan tergelak mendengar ejekan teman lamanya itu. Doktor Sabrina atau lebih Ehsan kenali sebagai Rina adalah teman sekampusnya masa sama-sama belajar di Paris dahulu. Melalui Rina lah Ehsan bertemu dengan arwah isterinya, Lisa. Kini, Rina menjadi doktor kepada Lara Sofea.

“Lara keluar dulu ye”, Lara mengorak langkah menuju ke bilik pemeriksaan di tingkat dua bersama-sama denga nurse tadi.

            “So, betul semua statement you tadi?”, soal Ehsan sebaik sahaja kelibat Lara tidak kelihatan. 

Sabrina memandang tepat ke wajah Ehsan.

“Yup, all true Ehsan. But I just want you to know that kanser Lara dah agak kronik sekarang. I tak dapat nak bagi you medicine yang boleh deleted that cancer. I Cuma mampu melambatkan proses sahaja. You know what I mean, right?”. Duga Sabrina.

Ehsan mengangguk perlahan.

“Memang tak ada peluang untuk dia, Rina?” . soalnya ringkas.

“Dont asked me like that, Ehsan. Ajal maut semua di tangan Allah. I tak boleh nak cakap ada peluang or tak ada peluang. Yang penting sekarang, sokongan keluarga sangat-sangat penting, you know. Dont ever you neglect her. Jangan bagi dia rasa isolated”. Ujar Sabrina memberi semangat.

“From now on, try your best to make her happy. Make she feel alive. Dengan kondisi dia sekarang, you should be there for her, okay?”, sambung Sabrina.

“Yeah, I akan sentiasa ada di sisi dia, Rina. You know what, she’s the one yang buat my life gembira semula after Lisa passed away. I tak tahu macam mana nak hadapi semua ni. My mom, baru je meninggal last four month. Now, Lara....”, kata-kata Ehsan terhenti di situ.

“Ehsan, dont give up. Dalam hidup ni memang banyak dugaan. Tapi you kena ingat, Allah menguji mesti ada sebabnya. Be strong. Kalau ada apa-apa, call je I, okay?”. Balas Sabrina, masih memberi galakan.

“Thanks, Rina. You are really great friend, always. So, I pergi dulu. Next appointment minggu depan kan? See you, Rina”. Ehsan bangun lalu berjalan kelaur dari bilik Sabrina.

************************************************************

“Abang, Sabrina tu kawan lama abang kan?”, soal Lara Sofea sewaktu mereka duduk menonton televisyen malam itu.

“Yup, kawan abang masa dekat Paris dulu”. Balas Ehsan ringkas, matanya tertumpu kepada televisyen di hadapannya.

“Tapi, kenapa abang jurutera, dia doktor?”, tanya Lara lagi.

“Kami sekampus je, sayang. Abang ambil engineering, dia ambil doktor. Kenal pun sebab sama-sama pelajar Malaysia kat sana. Bila dah duduk jauh, mesti lah akan bercampur dengan student negara sendiri, kan”. Ehsan menjawab, sempat jarinya memicit lembut hidung Lara. Lara tersenyum.

“Dia kawan arwah Lisa?”, Lara masih belum puas.

“Macam mana sayang tahu?”, duga Ehsan.

“Sebab arwah kan doktor juga, Sabrina doktor. Sama-sama belajar di Paris, tu sebab Lara tahu, betul?”, Lara memandang wajah suaminya.

Ehsan mengangguk membenarkan tekaan Lara.

“Sabrina dah kahwin?”, sekali lagi Lara bertanya.

Kali ini wajah Ehsan beralih menatap wajah Lara.

“Yang isteri kesayangan abang ni banyak sangat tanya kenapa? Lara nak ngorat Rina ye?”. Seloroh Ehsan sambil tersengeh.

Lara tergelak kecil.

“A’ah, Lara nak ngorat dia. Lara nak ngorat dia untuk abang”, balas Lara bersahaja.

“Lara, apa yang Lara merepek ni?”. Ehsan kurang senang dengan kata-kata yang keluar dari bibir nipis Lara.

“Kenapa... dia cantik, pandai, baik... sesuai sangat dengan abang”. Lara masih menyambung kata-katanya.

Hati Ehsan sedikit terusik dengan ucapan Lara tapi cuba di sembunyikannya.

“Oh, isteri abang ni jeles ye? Baru abang tahu, kuat cemburu juga rupanya....”, Ehsan cuba mengelak.

“Ish, ke situ pula abang ni. Abang ingat abang tu handsome sangat ke sampai semua orang nak kat abang? Nasib baik ada Lara ni yang nak kat abang tau... kalau tak, tak laku lah abang ni”. Seloroh Lara, ada gelak kecil di hujung ayatnya.
Ehsan juga ketawa. Hatinya lega Lara tidak terus-terusan bercakap tentang perkara yang bukan-bukan.

************************************************************

Aku Sayang Kamu

Ehsan bergegas pulang ke rumah tatkala mendapat panggilan telefon daripada bibik sebentar tadi, Lara pengsan. Hatinya tidak keruan, terasa perjalanan pulang ke rumah yang hanya mengambil masa 10 minit itu seakan 10 jam. Dadanya berdebar, jiwanya ketakutan. Ehsan khuatir apa yang dibayangkannya selama ini berlaku, dan paling ditakutinya, ianya berlaku secara tiba-tiba.

            Pintu kereta ditutup kuat. Dia terus berlari menuju ke biliknya. Bibik setia di sisi isterinya sambil memicit-micit kepala Lara perlahan. Ehsan segera mendapatkan Lara.

“Sayang kenapa? Sakit?”, soalnya risau. Lara tersenyum.

“Memang lah Lara sakit. Abang ni buat-buat tanya pulak”, sempat Lara berseloroh, mengukir senyuman di bibirnya yang pucat.

“Jom kita jumpa Sabrina”, Ehsan tidak mengendahkan kata-kata Lara tadi.

“Tak payah lah abang, sikit je. Bibik dah picitkan kepala, lega dah ni”. Ujar Lara menolak.

Ehsan menarik nafas panjang.

“Risau abang dibuatnya tau”. Ucap Ehsan.

“Risau abang tak dapat jumpa Lara dah ye?”, Lara mencuit mesra hidung Ehsan.
Ehsan tidak segera menjawab, lantas dipeluk tubuh isterinya erat. Bibik yang masih di sisi katil tidak diendahkannya.

“Abang ambil cuti seminggu”. Ucap Ehsan ringkas sewaktu meleraikan pelukannya.

Lara memandang Ehsan, dahinya berkerut.

“Abang nak bawa Lara pergi bercuti”, ujarnya lagi, tersenyum mesra.

“Bercuti? Ke mana?”, soal Lara.

“Paris, abang nak ajak Lara ke Paris. Abang nak Lara tengok Eiffel Tower”. Balas Ehsan.

Wajah Lara yang kelihatan pucat itu kelihatan riang dan bersemangat. Dilabuhkan kepalanya ke dada Ehsan.

“Thanks, abang...”. Lara masih tersenyum.

************************************************************

“Paris!!! Are you gonna be crazy, Ehsan?”, jerit Sabrina sebaik sahaja Ehsan menyuarakan hasratnya membawa Lara ke Paris.

“Yup”. Ehsan mengangguk perlahan. Jus oren di hadapannya di sedut laju. Dipandang Sabrina yang masih setia memandangnya.

“Why?”, soalnya apabila Sabrina tidak memberi respon kepada jawapannya tadi.

Sengaja diajak Sabrina bertemu dengannya petang itu sebaik sahaja selesai urusan pejabatnya tadi. Pagi esok dia dan Lara akan berangkat kke Kota Cinta, Paris.

“Ehsan, I dont think that’s a good idea. Keadaan Lara tak berapa ok, you pun dah maklum, kan? Kalau terjadi sesuatu kat sana, how?”. Sabrina bersuara.

Ehsan mengeluh berat.

“I know Rina. Tapi I nak luangkan masa dengan Lara and I nak Lara rasa happy”, balasnya cuba membela diri.

“I know, Ehsan. I faham. Tapi why Paris? Kat Malaysia ni banyak lagi tempat menarik. Banyak pulau-pulau yang best, yang mendamaikan”. Tegas Sabrina lagi.

“Nope, I think Paris is the best place. Esok I akan berangkat”. Akhirnya Ehsan memberi kata muktamad.

Sabrina menggeleng.

“Ok, nothing I can say. So, why you told me semua ni kalau you tak nak terima pendapat I, Ehsan?”. Balas Sabrina sambil tangannya membetulkan tudung yang dipakainya.

“I want you to come with us! I already booked a ticket for you”. Ehsan meletakkan tiket penerbangan yang dibelinya untuk Sabrina.

Sabrina terkejut. Mata dibulatkan memandang wajah Ehsan.

“What? I ikut you? Apa ni?”, soal Sabrina mengerutkan dahinya.

“Please, Rina. You kan doktor Lara. You tahu keadaan dia, I Cuma boleh harapkan you je. Lara pun dah tau. Dia dah setuju, untuk kebaikan dia. Tolong I, Rina”. Ehsan memandangnya penuh pengharapan.

Sabrina mengeluh. Ditatapnya wajah lelaki dihadapannya itu, lelaki yang pernah mencuri hatinya dahulu namun hati lelaki itu bukan untuknya, hanya untuk sahabat karibnya, Lisa Qistina.

Kini, lelaki yang sama berada betul-betul dihadapannya, mengharapkan belas dari seorang sahabat untuk memenuhi permintaannya.

“Okay, fine. I do this for you and Lara”. Akhirnya Sabrina bersuara lemah.

“Alhamdulillah, finally... Thank you so much, Rina. Lara ajak you tidur rumah kami malam ni. Takut you terlewat esok. Rumah I dekat sikit dengan airport. You datang tau, jangan hampakan Lara and I. Kita have dinner together”. Ehsan tersenyum memandang Sabrina.

“Hmm... I nak tolak tapi sebab ada makan free, I setujulah”. Ucap Sabrina tergelak kecil memandang Ehsan. Ehsan tersenyum.

“You are the best, Rina. Untung I dapat kawan macam you. Thanks sebab sudi jadi kawan I dari dulu lagi”. Luah Ehsan jujur.

“Yelah, Ehsan. Kalau I tak jadi kawan you, takkan I nak jadi girlfriend you pulak kan”. Sabrina masih berseloroh.

“Itu lah kan. Tapi I musykil la. You ni apa kurangnya... kerja pun doktor, tapi kenapa still single and available? You memilih sangat kot!”, perli Ehsan. Sabrina menggeleng perlahan.

“I taknak jawab soalan you tu sekarang. Sampai masa nanti, I will tell you semua sekali, tak ada yang tertinggal”. Balas Sabrina.

“Okay, I akan tunggu saat tu”. Ehsan mengangguk perlahan.

************************************************************
Kau Pergi Jua

            Sebulan berlalu tanpa Lara ibarat kekosongan jiwa yang tidak berpenghujung. Sebaik sahaja pulang bercuti dari kota Paris tiga minggu lalu, keadaan Lara semakin tidak mengizinkan. Kesihatannya kian terjejas. Akhirnya, setelah 21 hari berjuang untuk terus hidup, Lara Sofea kembali menghadap pencipta-Nya. Hati Ehsan bagaikan dihiris belati tajam, tidak dapat menerima kenyataan bahawa Lara Sofea sudah meninggalkannya. Hanya kenangan bersama Lara yang sentiasa kekal segar dalam lubuk sanubarinya.

“Ehsan, stop it! Sudah la tu. Takkan you nak terus berkurung macam ni. Terima hakikat, Ehsan!”, Bahu Ehsan dipegang Sabrina lembut.

Setiap petang selepas kerja, pasti Sabrina akan terus ke rumah Ehsan untuk bertemu dengan jejaka itu, bukan untuk mencari peluang tetapi sebagai sahabat yang ingin melihat sahabatnya kembali ceria seperti dahulu. Bibik juga sentiasa menelefonnya memberitahu perkembangan Ehsan yang masih berduka atas pemergian Lara. 

“You, you tak makan lagi, kan?Jom kita makan. Bibik dah masakkan untuk you. Kita makan bertiga ye?”, pujuk Sabrina, namun Ehsan masih menyepi tanpa kata.

Sabrina kemudian berpaling ke arah bibik dan meminta agar bibik membawa makan tengahari yang sudah tersedia itu ke halaman, tempat Ehsan termangu.

“Rina, semua orang yang I sayang dah tinggalkan I”, Ehsan memegang tangan Sabrina, mengharapkan pengertian dari sahabatnya itu. Air matanya bergenang.
Sabrina terkedu. Tangannya yang dipaut Ehsan ditarik perlahan kemudian di sentuh bahu Ehsan yang berlapik dengan lembut.

“Ehsan, masih ramai lagi orang sayangkan you. You jangan macam ni. Lara pasti sedih tengok keadaan you macam ni. Come on, Ehsan!” Sabrina cuba memberi semangat melalui kata-katanya.

“Mari I suapkan you makan”, sambungnya lagi.

************************************************************
Takdir Allah

Sabrina termenung di halaman rumahnya malam itu. Surat bersampul pink di tangannya masih di genggam erat. Hari ini sahaja sudah lebih daripada lima kali surat itu dibacanya. Dia menarik nafas panjang kemudian dilabuhkan punggungnya di gazebo kayu yang terletak di sudut halamannya. Surat itu ditatap sekali lagi.

          Sabrina,
Terima kasih Lara ucapkan sebab Sabrina mengotakan janji Sabrina untuk membaca surat ini setelah Lara pergi buat selamanya. Mungkin tidak sempat untuk Lara mengucapkan terima kasih kepada Sabrina atas segala pengorbanan yang Sabrina buat untuk Lara dan abang Ehsan.
Sabrina,
Lara tahu hidup Lara takkan lama dan Lara pastinya akan pergi dulu meninggalkan abag Ehsan. Bila semua kemungkinan tu singgah di benak Lara, hati Lara tak tenteram. Lara takut untuk tinggalkan abang Ehsan sendirian. Tapi, bila adanya Sabrina, hati ini tenang kembali. Lara tahu, Sabrina adalah wanita yang tepat untuk membahagiakan abang Ehsan.
Satu permintaan terakhir Lara. Terimalah abang Ehsan, berkahwinlah dengannya. Pasti itu adalah yang terbaik untuk kalian. Jangan ada setitik pun perasaan bersalah dalam hati Sabrina. Lara bahagia sekiranya Sabrina bersama abang Ehsan. Terima kasih, Sabrina.
                       Lara Sofea
Tanpa sedar air mata Sabrina mengalir ke pipi, cuba di tahan namun ia tidak dapat dibendung. Tangisan Sabrina mula kedengaran. Hatinya sebak. Ya, memang dia pernah mencintai Ehsan dan cintanya masih kukuh sehingga kini tetapi bukan dengan cara ini untuk dia mendapatkan hati lelaki itu. Sabrina mengeluh berat.

            Biarlah masa yang menentukan segalanya. Biarlah takdir Allah yang menentukan kisah cintanya kini. Bagi Sabrina, Ehsan memerlukannya kini sebagai seorang sahabat dan dia pasti akan sentiasa berada di sisi Ehsan sebagai sahabat.

            Permintaan terakhir Lara Sofea, itu semua urusan Ilahi. Sabrina pasrah dan berserah dengan takdir yang telah tersurat untuknya.


-TAMAT-

No comments:

Post a Comment