Kau Untuk Ku


Amni termenung sambil menghirup udara segar di kampung. Setelah sekian lama, baru sekarang Amni berpeluang menjenguk kampung halamannya sendiri. Bukan selama ini Amni tidak mahu pulang ke kampung, hatinya meronta-ronta untuk pulang ke rumah pusaka arwah ibu bapanya itu. Namun, atas urusan kerja yang tidak menentu, Amni selalu menangguhkan hasrat hatinya sendiri.

Setahun telah berlalu sejak arwah ibu menghadap Ilahi, Amni terasa seakan baru semalam dia bermanja dengan ibunya. Seingat Amni, sejak ibunya meningal dunia, sekali pun dia tidak pernah menjenguk rumah peninggalan itu. Arwah abah pula, setahun lebih awal meninggalkan mereka adik beradik sebelum arwah ibu. Semasa arwah abah meninggal dunia, Amni selalu juga pulang ke kampung, memandangkan ibu tinggal seorang diri, lebih-lebih lagi dia lah satu-satunya anak perempuan dalam keluarga itu, anak bongsu pula. Hendak mengharapkan abang long dan abang ngah pulang, setahun sekali semasa raya sahaja, itu pun tidak sampai seminggu. 

Tetapi sejak ibu meninggal, Amni jarang menjenguk rumah kayu itu lagi. Apatah lagi Amni sudah bekerja dengan sebuah syarikat penerbangan sebagai pramugari. Rutin kerjanya tidak menentu kini. Sekejap dia di Semenanjung, dan sekejap lagi di Sabah Sarawak, mana lah sempat untuk dia pulang.

Amni memandang sawah padi yang terbentang luas di tepi rumah. Kalau ibu dan abah masih ada, tentu mereka sedang asyik dengan sawah padi mereka ini. Rumah ini juga, tentu sudah berubah wajah menjadi lebih ceria dengan hasil tangan abah yang suka melukis dan mengecat. Begitu juga ibu yang gemar bercucuk tanam di sekeliling rumah. Tetapi sekarang rumah ini hanya nampak seperti rumah kayu biasa, yang tiada banyak keistimewaan, namun masih lagi kemas dan besih. Amni tidak pernah lupa untuk menjaga rumah ini dengan baik. Dia meminta tolong orang kampung untuk membersihkan rumah dan kawasan sekitar. Sawah padi juga turut di serahkan kepada penghulu kampung untuk menjaganya. Hasil padi akan di bahagi sama banyak antara dia dan penghulu. Bahagian yang diperolehi akan dikongsi pula dengan abang long dan abang ngah. Isteri penghulu yang sentiasa menjaga keadaan rumah turut di beri ganjaran. 

“Assalamualaikum”, satu suara menyapa Amni yang bersandar di muka pintu. Amni memandang ke arah suara garau itu.

“Waalaikumsalam”, balasnya tersenyum.

“Amni kan?”, tanya suara itu. Amni mengangguk.

“Erm, ye lah Umar, baru berapa tahun tak jumpa, Umar dah tak kenal Amni ke?”, ujar Amni mesra memandang lelaki tinggi lampai di hadapannya.

Muhammad Umar Bazli, satu-satunya pewaris tunggal penghulu kampung, juga rakan sepermainan Amni semasa kecil-kecil dahulu. Umar sangat akrab dengan Amni memandangkan mereka sebaya dan penghulu dengan arwah abah dahulu adalah rakan karib. Umar dan Amni rapat sejak mereka memasuki sekolah rendah lagi, sehinggalah ke sekolah menengah di kampung sebelah. Selalu mereka akan ke sekolah bersama, jika penghulu tidak menghantar, arwah abah akan menghantar mereka ke sekolah. Begitulah keakraban Umar dan Amni. Selepas sekolah menengah, Umar telah di tawarkan melanjutkan pelajaran dalam bidang sains di Tokyo, Jepun namun nasib Amni tidak sehebat Umar, Amni hanya dapat meneruskan pelajaran di kolej swasta sahaja di ibu kota. Sejak itu mereka jarang berjumpa. Selepas habis belajar, Amni terus menetap di Kuala Lumpur, mencuba nasib dalam industri perniagaan dengan membuka butik di Rawang. Umar pula terus menggapai cita-citanya dengan mengambil master dalam jurusan yang sama di universiti yang sama. Lama-kelamaan mereka terputus hubungan, tiada khabar yang di utus untuk satu dengan yang lain. Apatah lagi sejak arwah ibu Amni meninggal, Amni jarang pulang ke kampung dan ini lah kali pertama dia pulang dan bertemu dengan Umar.

Umar, dahulunya seorang kanak-kanak lelaki yang agak rendah dan sangat manja. Semua yang diinginkan pasti akan dimiliki. Berbeza dengan Amni, walaupun anak bongsu tetapi kasih sayang perlu dikongsi dengan dua orang abangnya. Tidak semua kemahuannya akan dipenuhi tetapi disebabkan Umar, pasti dia juga akan dapat satu daripada penghulu. Umar sangat baik padanya. Zaman remaja Amni juga adalah bersama Umar, remaja lelaki yang semakin menginjak ke alam yang lebih dewasa. Amni senang dengan sikap Umar yang tidak seperti remaja lelaki lain yang hanya mengejar kegilaan zaman remaja. Namun, menginjak usia dewasa, Amni tidak lagi bersama Umar, haluan mereka sudah berbeza. Namun, kenangan bersama Umar bukan sesuatu yang mudah untuk Amni lupakan. Kini, Umar berdiri di hadapannya pada usia 26 tahun, tinggi lampai, bermata kuyu, berkulit cerah dan yang paling penting, lesung pipit di pipi kanannya sentiasa kelihatan seperti dulu.

“Amni, Amni... Umar dah tak dapat nak cam dah Amni, lain sangat dah sekarang”, suara Umar mematikan lamunan Amni. Amni tersengeh.

“Kenapa Umar? Amni makin kurus dan tinggi kan? Tu sebab Umar tak percaya ni Amni ye? Umar pun sama. Dulu pendek, sekarang dah tinggi tapi Amni cam lagi Umar tau”, seloroh Amni. Umar tergelak kecil.

“Eh, Umar sekarang dah habis master? Buat apa kat kampung?”, soal Amni ingin tahu.

“La, apa peliknya soalan yang Amni tanya ni. Dah ni kampung Umar, Umar balik kampung la, salah ke?”, balas Umar mesra.

“Haha...yela encik Umar Bazli. Belajar ke Jepun tapi kenapa ada kat kampung sekarang?”, Amni tidak mahu mengalah.

“Sebab Amni balik kampung, tu sebab Umar balik jugak”, seloroh Umar. Amni membulatkan matanya, manja.

“Ok, ok... Umar cuti lah. Umar minta cuti seminggu, balik tengok mak ayah kat sini. Dah empat bulan Umar tak balik kampung. Umar kerja kat Johor sekarang”, Amni mengangguk faham.

“Ha, yang Amni ni, dah lama sangat ayah cakap Amni tak balik kampung. Mak cakap Amni buka butik kat Kuala Lumpur ye?”, soal Umar. 

“Hmm, cerita lama dah tu Umar, butik tu pun dah tak jalan dah”, balas Amni ringkas.

“Aik, dah tu, Amni buat apa sekarang? Yelah, Amni kan dah lama tak balik kampung. Kalau Amni telefon mak Umar pun, Cuma cakap tentang rumah ni, ngan sawah tu ha. Bukan nak tanya pasal Umar pun”, Umar  menutup mulutnya menahan tawa.

“Hmm, Amni sekarang kerja biasa-biasa je. Nak dekat setahun dah”, ujar Amni.

“Ooo...tak pernah dengar pulak kerja biasa-biasa tu kerja ape”, Umar melawak lagi.

“Apa lah Umar ni, buat lawak je. Yelah, Amni jadi pramugari sekarang”, perlahan suara Amni tetapi masih dapat didengar oleh Umar.

“Waw, bestnya. Boleh lah Umar dapat tiket flight free kan?”, sampuk Umar membuatkan Amni tergelak panjang.

“Umar...Umar”, katanya sambil menggeleng perlahan.

“Eh, yang Umar jalan kaki ni tadi kenapa? Mana kereta?”, soal Amni sebaik sahaja melihat tiada kereta selain keretanya di halaman rumah.

“Ha, tengok orang la. Orang exercise lah petang-petang macam ni. Hihi, takde lah. Umar baru je sampai tengahari tadi. Petang ni saja je ayah suruh Umar datang sini, tengok-tengokkan rumah Amni. Lagipun Umar dah lama tak jalan-jalan kampung. Tak sangka pulak Amni pun balik. Tak bagitau mak ayah Umar ye?”, duga Umar. 

Amni menggeleng, sambil tersenyum.

“Tau dah, kalau bagitau mak ayah, mesti mak ayah cakap kat Umar punya lah”, sambung Umar lagi.

“Erm, Amni. Dah Amni ada kat sini, tak payah lah Umar masuk kemas rumah kan? Amni kemas je lah ye. Umar nak gerak dulu la. Esok ke Umar datang dengan mak, ok?”, ujar Umar.

Amni mengangguk membenarkan.

“Assalamualaikum Amni”, Umar berlalu meninggalkan Amni yang masih duduk di muka pintu sejak mula-mula sampai petang tadi.
“Waalaikumsalam”, balasnya lembut.
****************************************************
Amni bersandar lesu di kerusi malas sambil memandang kosong siaran televisyen di hadapannya. Baru sekarang dia dapat duduk rehat setelah penat mengemas rumah sejak petang tadi. Habis satu rumah di bersihkannya, halaman rumah turut di kemas mana yang perlu. Rumput-rumput yang sudah mula naik tinggi habis di tebas. Terasa lenguh-lenguh badan Amni tika itu. Di picit-picitnya bahu yang terasa sengal-sengal.

“Assalamualaikum, Amni”, suara kedengaran di depan pintu rumahnya. Amni segera bangun dari kerusi menuju ke pintu. Seakan sudah tahu empunya suara, Amni membuka pintu laju.

“Waalaikumsalam, sekejap ye”, ujar Amni sambil membuka selak pintu itu.

“Hai Amni”, ujar Umar sebaik sahaja melihat Amni di muka pintu.
Amni tersenyum.

“Eh, makcik dengan pakcik pun ade?”, kata Amni sebaik sahaja matanya terarah kepada dua insan di tepi Umar.

“Naik lah dulu, duduk dulu, Amni buatkan air”, ucap Amni tatkala mencium hormat tangan ibu bapa Umar, yang sudah di anggap seperti ibu bapanya itu.

“Tak payah lah Amni susah-susah. Ni ha, makcik bawak nasi dengan lauk dari rumah, kita makan sama-sama. Makcik tahu Amni tak sempat masak kan? Mana tak nya, Umar ni lah, makcik suruh dia kemas rumah ni petang tadi tapi di suruhnya Amni buat sendiri, tak patut betul anak teruna ni kan?”, kata makcik panjang lebar. 

Bahu Umar di tepuknya mesra. Pakcik di sisi hanya tersenyum sambil mengangguk.

“Ala, makcik. Buat susah-susah je. Segan lah Amni”. Amni tertunduk.

“Ape nak di segankan. Amni tu dah macam anak kami dah”, sampuk pakcik yang sudah pun duduk di kerusi di ruang tamu.

“Takpe lah kalau macam tu. Biar Amni sediakan dulu, nanti kita makan sama-sama”, Amni mengambil makanan dari tangan makcik dan membawanya ke dapur untuk dihidang. Makcik juga menyusul bersama Amni.

“Amni sihat nak?”, soal makcik sambil mengambil pinggan.

“Alhamdulillah, sihat makcik. Lama dah Amni tak jumpa makcik dengan pakcik. Ni ada masa Amni balik lah ke sini”, jawab Amni sopan.

“Yelah, dah setahun jugak Amni tak balik kan? Sibuk sangat ke sekarang. Umar bagitau makcik Amni dah kerja pramugari sekarang ye?”, satu lagi soalan terkeluar dari mulut makcik. 

Amni mengangguk membenarkan kata-kata makcik tadi.

“Bagus lah Amni dah ade kerja tetap sekarang. Lepas ni entah-entah bersuamikan pilot pulak”, seloroh makcik. Amni tergelak.

“Ke dah memang ade calon pilot?”, duga makcik lagi.

“Ish, takde lah makcik. Amni taknak lah cari pilot, asyik kene terbang sana sini. Amni nak cari orang yang keje atas darat je la makcik”, giliran Amni pula berseloroh.

“Yeke? Kalau macam tu makcik boleh carikan calon. Tu ha, yang duduk tengok tv kat depan tu. Tak berpunya lagi. Kalau Amni berkenan, makcik jodohkan”, ujar makcik memandang tepat ke wajah mulus Amni.

Amni tidak segera menjawab, hanya bibirnya sahaja mengukir senyuman. Dia sendiri tidak pasti, berjenaka atau serius kah makcik mengkhabarkan perkhabaran itu. Namun entah kenapa hati kecil Amni berbunga mekar. Mungkin benar kata orang, cinta pertama membuatkan kita sukar melupakannya. Umar adalah cinta pertama Amni. Walaupun Amni tidak pernah mengatakannya dan Umar tidak pernah mengetahuinya, namun dalam diam, persahabatan yang di bina sekian lama telah membuahkan bait-bait cinta dalam hati Amni kepada Umar.

“Amni tak suka Umar?”, suara makcik mengejutkan Amni.

“Makcik ni, ke situ pulak. Amni pergi panggil Umar ngan pakcik turun makan ye”, Amni segera berlalu ke depan.
****************************************************
“Amni tak suka Umar?”, pertanyaan makcik tadi masih berlegar-legar di benaknya. 

Jika dia menyukai Umar, adakah Umar menyukainya juga? Jika tidak, bukankah malu Amni bertepuk sebelah tangan. Mungkin Umar menganggapnya tidak lebih dari seorang kawan rapat. Amni memejamkan matanya. Kenangan zaman kanak-kanak bermain di ingatan. 

“Amni, nanti kau dah besar, kau jangan kahwin dengan orang lain tau. Kau kahwin dengan aku je. Sebab aku nak kahwin dengan kau je. Kau lah kawan aku”, ujar Umar sambil menghirup air sirap di tangan. Amni mengangguk, mengiyakan kata-kata Umar.

Amni tersenyum lagi. Zaman kanak-kanak itu tidak akan dapat di lupakannya. Begitu juga dengan zaman remajanya sewaktu di tingkatan lima. Umar pernah memberitahunya sesuatu yang tidak mungkin Amni lupakan.

“Amni, Umar rasa dah besar nanti, Umar nak suruh mak Umar je carikan calon isteri untuk Umar. Tau sebab ape? Sebab mak Umar mesti pilih Amni”, Umar tersenyum.

Amni masih tersenyum seorangan teringatkan zaman remaja dan kanak-kanaknya bersama Umar. Kepalanya di sandarkan ke kerusi, sambil matanya kini layu menanti untuk lelap malam itu.
********************************************
Pagi itu sesudah subuh Amni segera turun ke halaman rumah, mencari penyapu lidi dan terus sahaja menyapu bersih daun-daun mempelam yang gugur di tiup angin malam tadi. Udara segar kampung membuatkan Amni berdiri sebentar menghadap sawah yang terbentang luas di hadapannya. Matanya di tutup sambil hidungnya menghirup udara segar pagi itu.

“Assalamualaikum...”, satu suara dari belakangnya membuatkan Amni tersentak, terkejut.

“Waalaikumsalam... Ya Allah, Umar. Terkejut Amni. Kalau ada sakit jantung ni, entah-entah dah arwah dah”, ujar Amni membulatkan sedikit matanya.

“Jangan cakap macam tu, nanti tak sampai hajat Umar, tau”, bidas Umar tangkas.
Amni masih memandang Umar.

“Apa yang tak sampai hajatnye?”, soalnya mencari kepastian.

“Ni ha, hajat nak bagi nasi lemak ni. Mak buat pagi-pagi lagi. Katanya nak ajak Amni sarapan kat rumah, tapi sekejap lagi kami nak ke kampung sebelah, ada hal sikit. Takut terkejar-kejar pulak”, ucap Umar panjang.

Amni mengangguk sambil mencapai mangkuk tingkat yang di bawa Umar.

“Amni...”, panggil Umar perlahan. Amni masih di situ, menunggu ucapan seterusnya dari Umar.

“Tengahari nanti Amni tak payah masak ye. Mak, ayah dan Umar nak ajak Amni ke rumah, makan kat sana”, sambung Umar.

Amni tersenyum.

“Segan lah Amni dengan makcik dan pakcik. Dari semalam lagi bawakkan lauk untuk Amni. Pagi ni nasi lemak, tengahari nanti jemput makan pulak, malu lah”, Amni bersuara lembut.

“Amni tak sudi ke?”, soal Umar. Amni cepat-cepat menggeleng.

“Bukan Amni tak sudi. Amni segan lah. Tapi takpe, nanti Amni datang awal sikit, tolong makcik masak, ok? Ni tak nak makan sekali?”, pelawa Amni.

“Eh, tak payah la. Nanti tak manis pulak orang nampak. Tunggu lah sampai Amni kata setuju nanti. Umar balik dulu”, Umar terus berlalu pantas meninggalkan Amni yang baru sahaja ingin bersoal lagi.
****************************************************
“Macam mana? Apa kata Amni”, soal makcik sebaik sahaja perkara itu terluah dari bibirnya.

Amni diam. Baru sekarang dia faham apa maksud Umar pagi tadi. Baru Amni teringat tentang ‘hajat’ yang di perkatakan oleh Umar. Dan, ya, tentang ‘kata setuju’ juga. Rupanya memang Umar telah membuat persiapannya dari awal lagi.
Selesai sahaja menjamu selera dan membasuh pinggan tadi, pakcik dan makcik terus mengajak Amni duduk berbincang di meja makan. Tetapi kelibat Umar tidak langsung kelihatan. Mungkin makcik menyuruhnya ke mana-mana agar tidak mengganggu perbincangan mereka.

“Amni, pakcik sayangkan Amni macam anak pakcik sendiri. Dari dulu lagi, pakcik dan makcik tak pernah terfikir nak jodohkan Umar dengan orang lain. Memang Amni lah calon yang pakcik ada, satu-satunya”, pakcik bersuara tenang sambil memandang tepat ke wajah Amni.

“Pakcik tak paksa Amni. Itu sebab pakcik dan makcik ajak Amni berbincang. Umar pun tak paksa. Ni soal hati. Umar bagitahu kat pakcik, walau apa jua keputusan Amni, dia akan sentiasa sokong”, tambah pakcik lagi.

Amni menarik nafas sambil tersenyum tawar. Amni tahu, sudah sampai serunya kini. Amni tahu bahawa Umar lah jodoh yang telah Allah tetapkan untuknya. Jika bukan Umar, siapalah lagi. Manakan tidak, walaupun telah lama terpisah, Amni percaya perasaannya kepada Umar tidak pernah berganjak walau seinci pun. Kini Amni tahu bahawa Umar juga begitu. Amni pasti merelakannya.

“Pakcik, makcik. Amni ni anak yantim piatu. Sejak arwah ibu dan ayah meninggal, pada pakcik dan makcik lah Amni menumpang kasih dan pakcik dan makcik tak pernah menidakkan kehadiran Amni”, ujar Amni panjang lebar.

“Umar tu, satu-satunya kawan Amni sejak kecil lagi, yang Amni rapat dan Amni sayang. Jika betul ini jodoh kami, Amni terima makcik, pakcik. Amni takkan mengatakan tidak”, akhirnya Amni membuat keputusan.

Tangannya di genggam erat oleh makcik. Pakcik menarik nafas lega.

“Alhamdulillah, Amni. Pakcik bahagia dengar keputusan Amni”, pakcik memandang makcik yang masih erat memegang tangan Amni.

“InsyaAllah, Amni. Allah akan memberi kebahagian pada Amni dan Umar nanti. Makcik sentiasa doakan”, sambung makcik tersenyum.

Amni turut tersenyum. Lega hatinya kini. Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga untuk dirinya dipertemukan dengan keluarga ini, dengan pakcik, makcik dan Umar.
**********************************************
“Dah setuju”, ucap Amni tatkala melihat Umar berdiri di tangga hadapan rumahnya. Amni menyarung seliparnya untuk pulang ke rumah.

Umar memandang tepat ke muka Amni walaupun gadis itu tidak memandangnya.

“Amni....setuju?”, masih bertanya meminta kepastian. Amni mengangguk.

“Jika Allah katakan Umar lah jodoh Amni, maka kita tak ada hak untuk mengatakan tidak kan? Jika Allah kata Umar untuk Amni, maka kau memang untukku”, jawab Amni.

Umar tersenyum gembira.

“Ya, kau untukku”, balasnya.
-TAMAT-