Hikmah

“Adik, jangan asyik main je. Banyak lagi yang belum kemas ni. Adik tolong lah akak kemas”, pinta Manisha tatkala melihat satu-satu adiknya itu leka bermain anak patung.

“Akak kemas lah. Adik nak main ni”, balas Natasha keras.

Manisha masih memandang Natasha yang seakan tidak mempedulikannya. Dia menggeleng.

“Adik, kalau mama dan papa balik nanti, kita kena marah rumah bersepah. Marilah kita buat sama-sama”, Manisha masih memujuk.

“Taknak lah. Akak nak paksa orang kenapa? Akak kemas je lah. Bukan banyak sangat pun”, Natasha merengus.

“Tapi adik yang main kan? Ok, kalau adik tak nak tolong akak, akak pun malas nak kemas. Biar papa marah adik”, Manisha segera mencampakkan semula patung beruang yang di pegangnya ke lantai.

Dia segera bersila di sofa, memasang televisyen. Natasha hanya menjeling, langsung tidak di endahkan ugutan Manisha.

Selang 10 minit, deruan enjin kereta kedengaran laju memasuki halaman rumah. Manisha segera menoleh, tahulah dia bahawa papa dan mama sudah pulang. Pasti Natasha akan dimarahi kerana tidak mengemas semula permainannya. Pintu rumah terkuak deras, muka mama yang masam mencuka terpampang di hadapan pintu.

“Hey, apa bersepah ni? Siapa punya kerja ni?” suara lantang mama menyergah. Ingin sahaja Manisha membuka mulut namun dia terlewat.

“Mama, Tasha yang main. Tapi Tasha mintak kakak tolong Tasha kemas, dia tak nak. Berapa kali Tasha ajak, kakak buat tak tahu je”, suara kecil Natasha seakan merengek sambil memeluk kemas pinggang mama.

Mata bulat mama terus terarah ke wajah Manisha.

“Yang kau ni kenapa sampai taknak tolong kemas? Nak jadi pemalas?”, herdik mama.

Manisha tertunduk. Jika dia menjawab, pasti bukan hanya kata-kata maki hamun yang diterima, mungkin tamparan kasar mama akan terus hinggap ke pipinya.

Kemudian papa masuk dengan muka yang agak kelat. Papa memandang sekilas sandiwara itu namun langsung  tidak sedikit pun untuk meleraikan amarah mama, apatah lagi memihak kepadaku. Papa segera menaiki tangga ke bilik lalu pintu bilik di tutup rapat. Papa menyepi di sebalik pintu coklat itu.

“Kau ni Manisha, kalau aku takde, kau memang suka buat perangai kan? Ingat sikit kau tu menumpang, kau bukan anak aku. Mak kau dah mampus”, bentak mama lagi.

Air mata Manisha mula mencurah laju. Bagi kanak-kanak berusia sebelas tahun sepertinya, amat pedih dan pilu bila di marah dan di tengking begitu, apatah lagi tidak sedikitpun kesalahan itu berpunca darinya.

“Aku nak kau kemas semua ni sekarang. Selagi tak siap kemas, kau jangan naik tidur. Tasha, mari naik, sayang”, tangan Natasha di pegang lembut oleh mama.

Sempat Manisha memandang, Natasha hanya tersenyum sinis kepadanya. Hati Manisha berkecai. Dia bergerak perlahan, mengutip satu per satu mainan yang berterabur di lantai. Air matanya masih tidak berhenti menitis.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

“Jauh termenung”, suara lembut Liza mengembalikan Manisha ke alam nyata. Tangan Liza di bahunya di genggam erat.

“Nisha, dah lah tu”, ujar Liza, seakan mengerti apa yang di fikirjan Manisha saat itu. Manisha tersenyum tawar.

“Pedih hati aku ni, Liza”, ucap Manisha syahdu. Liza mengangguk.

“Ye, aku tahu, Nisha. Tapi sampai bila? Dah lebih sebulan dah. Tasha ngan Azhar pun dah sah jadi suami isteri”, balas Liza lembut.

“Aku tahu, Liza. Memang nasib aku sentiasa malang agaknya. Aku tak kenal ibu kandung aku. Papa pula, seakan aku ni tak wujud baginya. Mama, langsung tak pernah terima aku dan Tasha, sentiasa menidakkan aku...”, suara Manisha tersekat-sekat menahan sendu.

“Tasha tu adik aku, Liza. Walau apa pun yang dia buat pada aku, aku tak pernah ambil hati. Tapi kali ni.....”, Manisha terhenti seketika.

“....tapi kali ni aku terseksa sangat, Liza. Dari kecil dia mahu menang, sampai sekarang. Dan paling mengecewakan aku, kekasih aku sendiri pun dijadikan miliknya, suaminya. Aku terkilan, Liza”, Manisha menyambung rintihnya. 

Liza disebelahnya dipeluk erat, menumpang bahu meleraikan sendu yang berlagu di jiwa.

Walaupun sudah sebulan lebih berlalu, hati Manisha masih terluka. Azhar Mikhail, satu-satunya insan yang pernah bertakhta di hatinya kini sudah menjadi suami kepada adiknya sendiri. Manisha tidak tahu mana silapnya dia, sehinggakan Azhar percaya bulat-bulat setiap kata-kata mama dan Natasha bahawa dia anak jalanan yang dikutip entah dari mana. Yang paling menyedihkan, papa langsung tidak bersuara menentang tuduhan palsu itu. Lantas, khabar angin itu membuatkan Azhar semakin berubah hati, tambahan pula keluarganya turut masuk campur dalam soal ini.

Natasha mengambil peluang yang ada sebaiknya. Saat hubungan cinta Manisha dengan Azhar goyah, Natasha datang kepada Azhar menghulur tangan tanda simpati dan lama-kelamaan cinta Azhar kepada Manisha lenyap sama sekali. Disebabkan terlalu kecewa dengan kehidupannya bersama keluarga itu, Manisha mengambil keputusan untuk terus keluar dari rumah tersebut tanpa pengetahuan sesiapa dan menetap bersama teman rapatnya, Liza.

“Nisha, kau kena ingat, ni semua ujian dari Allah untuk hamba-Nya. Mungkin juga Allah nak tunjuk pada kau yang Azhar bukan lelaki yang cukup baik untuk terus berada dalam hati kau”, Liza cuba memujuk.

“Kau kena tabah, Nisha. Kuatkan semangat. Tinggalkan semua kisah luka kau tu. Mulakan hidup yang baru”, Liza masih memberi semangat.

“Macam mana aku nak lupakan, Liza? Kalau orang lain yang buat, mungkin mudah bagi aku. Ini keluarga aku sendiri”, Manisha membantah.

“Aku faham. Tapi kau kena kuat. Kau kena buang jauh-jauh setiap kesedihan kau tu. Kau pergi bercuti ye?, cadang Liza. Dia mencapai sesuatu dari poketnya.

“Ni, aku dah belikan tiket flight tuk kau. Ni pulak aku dah booking chalet tempat kau nak menginap nanti. Tepi pantai tau”, Liza menghulurkan sampul itu ke tangan Manisha.

Manisha memandang tepat ke wajah sahabatnya itu, mencari jawapan di sebalik persoalan yang tidak diutarakan.

“Kau jangan risau. Ni kira aku belanja. Aku booking vacation kau kat Langkawi for a week. And about our butik tu, your best partner ni will handle everything”, Liza tersenyum, seakan mengerti apa yang bakal di ajukan oleh Manisha.

“Tapi Liza, kenapa kau buat semua ni?”, soal Manisha.

“Hmm, beause you are my buddy, my BFF and also my business partner and tak lupa jugak mu housemate. So, kalau my BFF or what so ever ni got problem, aku mana boleh duduk diam and shut my mouth. Mestilah aku akan berusaha buat my BFF ni ceria macam dulu”, Liza bersuara lantang, seakan mengukuhkan segala tindakannya. Manisha tersenyum pudar. Dipeluknya Liza erat.

“Thanks, dear. Kau lah satu-satunya sebab aku masih ingin terus hidup”, air mata Manisha menitis lagi.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“Liza, aku dah sampai. Very nice kat sini. Kalau kau ada mensti lagi best”, ujar Manisha sebaik sahaja rakannya itu menjawab panggilan darinya.

“Girl, thats your vacation, okay. You need that. Kau perlu ketenangan. Kalau aku ada, dah tentu kau tak dapat jumpa that peace yang kau cari”, terdengar gelak Liza di akhir ayatnya.

“Lagi pun, kalau aku pergi, siapa nak jaga butik kita ni?Nak suruh all these patung yang jaga?Alamatnya lingkup lah business kita”, Liza masih berseloroh.

“Yelah, madam. Aku akan usaha cari kegembiran aku kat sini. Anyway, thanks to you for this wonderful vacation. Nanti aku call kau lagi. Bye, dear”, Manisha menekan punat merah di telefon bimbitnya.

Matanya kini terarah ke pantai yang terletak betul-betul dihadapan pintu chaletnya. Manisha menarik nafas sedalamnya, terasa sedikit ketenangan mula berlagu di dalam jiwa.

Malam itu selepas sahaja solat Maghrib, Manisha menyarung sepatunya dan berjalan perlahan menyusuri gigi pantai. Kelihatan agak ramai kelibat manusia yang turut menjadikan pantai itu tempat mencari ketenangan dan beristirehat bersama pasangan dan keluarga masing-masing. Ada yang rancak berbual seisi keluarga di bawah pohon kelapa, ada juga yang berlari-lari anak di persisir pantai. Tetapi bagi Manisha, berjalan di tepi pantai sambil mendegar deru ombak adalah satu ketenangan yang tiada tandingannya.

Manisha memandang terus ke hadapan, melihat sejauh mana lagi kakinya akan melangkah. Kemudian, matanya terarah kepada sesusuk tubuh yang berjalan sepertinya namun dari arah yang bertentangan. Dia tersenyum sendiri.

“Ada juga yang taste like me, berjalan sendiri macam ni”, getus hati kecilnya.

Langkah tetap di susun perlahan dan akhirnya susuk tubuh itu sudah jelas dihadapannya. Seorang pemuda berseluar pendek, berbaju T putih dan bertopi. Manisha memandang wajah pemuda itu dalam kesamaran, begitu juga sebaliknya dan senyuman terukir, tanda menyapa. 

Manisha terus mengorak langkah terus ke hadapan. Sebaik sahaja dia merasakan sudah cukup jauh dia berjalan, dia berpatah semula, melalui aturan yang sama. Tanpa di duga, mereka terserempak lagi. Kali ini kedua-duanya senyum dan menganggukkan kepala, sekali lagi seakan menyapa antara satu sama lain.

Manisha terus berlu ke biliknya. Jam di dinding sudah menunjukkan jam  10.00 malam. Selesai sahaja menunaikan solat isyak, terus dia berbaring, menghilangkan lenguh badan dan keletihan akibat perjalanan siang tadi.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“Ada orang tak?”, satu suara menyapa sambil memegang kerusi di hadapannya ketika Manisha sedang asyik membelek surat khabar di cafe pagi itu.

“Tak ada. Ambil lah”, balas Manisha namun tidak di pandang wajah insan yang bertanya.

“Thanks. By the way, kalau tak salah saya, awak yang berjalan tepi pantai malam tadi kan?”.

Manisha mendongak, memandang pemuda itu. Ya, lelaki bertopi itu, tidak salah lagi.

“Oh, awak... Nice cap. Saya cam topi yang awak pakai”, Manisha membalas lembut.

“Yup, its me, with my cap, again. So, can i sit here?”, kata pemuda itu.

Manisha hanya mengangguk perlahan. Pemuda itu segera duduk di kerusi berhadapan dengan Manisha.

“Emm, saya Afiq Khusyairy. Panggil saya Afiq ckuplah. Awak?”, pemuda itu memperkenalkan diri.

“Saya Manisha Kaisarah, panggil saya Nisha”, Manisha membalas.

“Ok, Nisha. So, vacation? Alone?”, Afiq masih bertanya.

“Yup, vacation...alone. How about you?”, giliran Manisha pula menyoal.

“Fuhh, long story. But kalau nak di pendekkan, sama lah macam awak, alone”, Afiq tersenyum.

Jus oren di hadapannya disedut perlahan.

“So, Nisha dari mana?”.

“Selangor”, Nisha membalas sepatah.

“Really? Sama lah, saya pun Selangor juga, Shah Alam”.

“Eh, same with me. I am from Shah Alam, also”, Manisha membulatkan matanya.

Manisha dan Afiq seakan semakin selesa berbual antara satu sama lain. Mereka terus rancak berbual dari satu topik ke topik yang lain sehinggalah kepada kisah duka yang berlaku dalam hidup masing-masing.

“Tak sangka, kan?”, Afiq tiba-tiba bersuara setelah keduanya agak lama terdiam.

Manisha hanya mengangguk dan tersenyum, seakan mengerti maksud ayat Afiq.

“Saya rasa lega sangat lepas keluarkan apa yang ada dalam kepala ni. Lama sangat dah rasanya saya pendam. Tapi, sorry to you sebab terpaksa tadah telinga dengar cerita saya”, ujar Afiq sambil tersenyum mesra.

“Kita adillah, seri. Saya dengar cerita awak, awak dengar cerita saya, ok lah kan?”, balas Manisha.

Afiq mengangguk membenarkan kata-kata Manisha.

“So, Mr. Afiq. I think i should go now. Nak jalan-jalan ronda Langkawi pula”, Manisha meminta diri.

“Actually, that also my plan. So, how about we go together?”, Afiq memberi cadangan. 

“Hmm, I think that was awesome. Jom”, balas Manisha pantas.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Sudah seminggu berlalu. Manisha sudah pun selesai mengemas bagasinya untuk pulang. Dia melihat jam di tangannya. Masih ada lagi tiga jam untuk penerbangannya pulang ke Selangor.Dia berbaring di atas katil sambil matanya leka memandang siling putih biliknya itu. Ingatannya terhadap kisah duka sudah beransur hilang. Dia kini percaya percutian sebegini mampu mengubah cara pemikiran seseorang biarpun hanya sebentar. Manisha akui bahawa ingatannya kini lebih kerap tertumpu kepada Afiq Khusyairy, pemuda bertopi yang dikenalinya. Entah mengapa Manisha sedang berdamping dengan pemuda itu biarpun tempoh perkenalan hanya seminggu. Bagi Manisha, ada sesuatu dalam diri Afiq yang menambat hatinya. Manisha tersenyum sendiri. Terasa seakan masih ada sinar cahaya di pertengahan jalan hidupnya. 

Walaupun Afiq telah pulang ke Selangor dua hari lebih awal darinya namun Manisha tidak sunyi. Afiq sentiasa menghubunginya. Hari ini juga Afiq yang akan menjemputnya di lapangan terbang. Kata-kata Liza terngiang-ngiang di telinga sebaik sahaja dia bercerita tentang Afiq kepada temannya itu.

“Ha, I know...I think you fall in love, dear”.

Manisha tersenyum lagi. Mungkin benar kata Liza, dia sudah dilamun cinta. Namun perasaan itu ditepis dahulu agar tidak terus bersarang dihati. Manisha tidak mahu mengambil risiko untuk dikecewakan buat kali kedua jika dia hanya bertepuk sebelah tangan.

Telefon bimbit Manisha berbunyi nyaring. Manisha segera mencapainya, tertera nama Afiq di ruangan mesej. Manisha tersenyum, membaca mesej itu pantas.

“Lekas-lekas pulang. Can’t wait to see you. I have something special for you”.

Manisha segera membalas,

“Can’t wait to see you too”, balasnya ringkas.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Manisha mencari-cari kelibat Afiq di lapangan terbang itu namun tidak kelihatan. Sudah 10 minit dia menunggu di pintu keluar lapangan terbang LCCT itu. Dia segera mendail nombor Afiq namun tiada jawapan, Manisha mengeluh.

“Miss me?”, suara dari belakangnya membuatkan Manisha menoleh pantas.

Ya, Afiq di belakangnya sambil memegang satu kotak kecil berwarna keemasan.

“This is for you, buka lah”, Afiq bersuara.

Manisha mengambil kotak itu dan membukanya, kosong. Dia segera memandang Afiq mencar jawapan, Afiq tersenyum.

“That’s is my soul, my heart. Tu sebab Nisha tak nampak. But, be honest to you, i dont know how to explain it but i sincere to give all my heart to you and i want to keep your heart deep in my soul, promise!. I truly love you, Manisha. You are the one who came in my dream every single night. Lepas jumpa Nisha, I know that was you. I see your face in my dream. Masa terserempak kat tepi pantai malam tu, Afiq terkejut tengok wajah Nisha”, ucap Afiq masih memandang tepat ke mata Manisha.

“Sebelum Afiq ke Langkawi, Afiq berdoa pada Allah supaya temukan Afiq dengan pasangan yang Allah telah ciptakan untuk Afiq. Setiap malam wajah Nisha hadir dalam tidur Afiq. Afiq taknak tunggu lagi. Kuasa Allah itu Maha Besar. Afiq mahu melamar Nisha menjadi isteri Afiq yang sah”, sambung Afiq lagi.

Manisha terkesima. Setiap bait ayat yang terkeluar dari mulut Afiq amat ikhlas di matanya. Air mata Manisha mengalir, tanda kesyukuran. Mungkin ini lah hikmahnya di atas setiap satu ujian yang Allah turunkan kepadanya. 

Jika benar Afiq Khusyairy adala jodoh yang telah di ciptakan untuknya, Manisha bersyukur. Allah itu Maha Mengetahui segalanya. Manisha tersenyum memandang Afiq lantas mengangguk tanda setuju.

-TAMAT-